yang COMEL2 toO :))

Tuesday, 26 April 2011

mari kita bersedekah :)

assalammualaikum :) 

 AGAMA ISLAM MENGGALAKKAN KITA BERSEDEKAH. BANYAK CARANYA SEPERTIMANA YANG DIJELASKAN. MARI KITA MELAKUKANNYA TANPA ALASAN ! ….

sorang utara < > sorang selatan :(

ellop sume..assalammualaikum :))
love? break ?




first of all congrats 2 all yg survived dlm kes ni..4 those yg xbjaye,ak doakan korg lebih kuat n matang dlm hadapi cabaran ni.tak sume yg kite nak,kite dapat..n tak sume yg kite dapat bole wat kite bahagia..so,appreciate anything that were gifted 2 u.hnay org yg pandai menghargai je yg tahu kemanisannya.
ak admit that kes really need to put a lot of effort from both sides.xbole nk lpas kt sorg je untuk maintain rship tu.any challenges yg dtg 2 sbenarnya ujian untuk tgk kite ni bole handle dgn baik o x.communication is the most crucial.bincang elok2 kalo ade misunderstanding.kalo xnampak jln pnyelesaian,salah sorg kne mngalah.bkn ape,gado2 pn kte jgak yg rugi.nnt ble keadaan da tenang blk,bincang slow.ak try da..allhamdulillah..keadaaan jd semakin baik.biasenya ni,kalo bselisih phm,kalo da stel cuma ade 2 je consequences:sama ada rship akan jd lebih rpt atau sebaliknya.tp yg penting,korg kene knal dl la pasangan 2 camane.br bole gune approach ni.laen org laen fitrahnya kn?
anyway,ape2pun ingat satu je..letakkan harapan 2 hanya pd Dia..insyaAllah..kalo ade jodoh,adelah..Dia Maha Memberi..yg penting jangan putus doa..insyaaLLAH..cINTA menjadi Anugerah..
so,pd sume yg tgh maintain n leh handle prob ni,gud luck!!semoga rahmah Allah bersama kita..

p/s = *cari keberkatanNya..:x

(khas utk kawan2 y dlm situation ni..sabar eyh?sabar e2 penting )


"Kenapa masih single lagi?".

assalammualaikum :) 




opinion ak..


Paras rupa
Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. majoriti lelaki akan judge paras rupa terlebih dahulu.cun ke xcun.. if awek 2 cun + menawan dan menarik, takkan xde lelaki yang terpikatkan?tp?  Jangan sesekali korg rasa yang korg x cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan n kekurangan msing2. Ingat, setiap org adalah unik!


Tutur bahasa dan adab sopan - 
Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tp ada jugak yang x kn. Ada perempuan yang main cakap lepas je smp lelaki pun bleh surrender..hohohoho.. Mana lelaki yang tak terkejut kalau prempuan cakap benda2 yang x spatutnye . of course akan menurunkan saham perempuan korg.so, bware k? gpun, kan lg manis + ayu kalau korg cara korg bercakap d tmbah dgn sopan . Ayu, ayu gitu.aahhaha.. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))


Serik untuk berkapel -
  hurm..myb background love story korg x secerah y d harapkan.. y serik kn korg utk fall in love utk kali y ke-dua. Serik cri partner. Memang tak dinafikan, expirience ptus cnta mmng sedih kn.xde sape y hepy bila org y kte syg tngglkn kita kn.. sbb 2, korg kene kumpul balik semangat korang. Jngn ingat, once dh break, xde esok dah tuk korang k? chill :). Pupuk semangat + kuatkan motivasi diri korg.korg bukan sorg di dunia ini. ad lg ramai y akan tolong korg. :D


p/s = Yakinlah pada diri sendiri sbb korg smua seorang y HEBAT !

fever - fever >> exam !





paper last.. chayOk2 uLtraman ! :))


mAsEh - maSeh (>_<)v ..


ありがとう

weeee~~ maseh la kt bro pirAte a.k.a CikGu aku..heheh..thanks sBb ajaR akk bUat bende alah y gerak 2..ahhahha .. tengkiu - tengkiu .. n u know what? akk dah tw bt link kt pOst ..nway,chayOk2 utk public speaking sok.. ngegehehe :))  
nyte ! assalammualaikum..

Sunday, 24 April 2011

giVe n tAke dlm huBunGaN :))

Salah faham tu biasalah dalam hubungan.."Sedangkan lidah lagi tergigit"..ahhaha
 gado2 2 lumrah la beb..


the most important thing in relationship :)

Apa yang penting sekarang bagaimana nak handle salah faham tu..salah seorang kne bertolak ansur..smua org ade bt silap kn...n slh seorang janganla terlalu emo..sbb dalam saat-saat kritikal ni, kalau dua-dua baran dan meletup, memang perang dunialah. mmng *HAUB*..hehehh

 


Dalam hubungan mesti ada 'give and take'..kalau seorang ni asyik give sahaja xde take pun tak jalan jugak hubungan tu..dlm berkapel mst berani utk trima sebarang probabilty..
yela..y korg x akn hepy sokmo kn?..bese la 2..klau tenang je..xbest jgk kn..







 


Kira setiap perkara perlukan kesederhanaa...dah itu memang fitrah hidup..
bincang elok2..
Apa-apa pun kena rujuk balik pada niat dan kunci seterusnya ikhlas dan sabar dalam setiap perbuatan kita.

Cewah cakap macam 'pakar' sangat dalam hal ini kan? Bukn pe, blajar dari pengalaman. Pengalaman is the best teacher...sebab sepanjang gado 2..the other side..korg akn taw betapa syg nye korg kt gF/bf korg 2 kn n cuba cri silap + slh korg..spy?next time lebih berhati-hati ..



p/s = what eva it takes .. chill :))

pelancaran DASHBOARD BLOGGER y baru :))

 terbaca kt blogger ..
jom kte share same2 ..


Assalamualaikum . Hari ni kepoh di dunia blogger, di mana pihak blogger mula melancarkan penampilan dashboard yang terbaru. Menurut khabar berita dari dunia blogger, hanya yang terawal log in ke Blogger In Draft sahaja yang akan nampak perubahan pada penampilan dashboard mereka. Kat bawah ni salah satu perubahan yang aku nampak pada compose bar pada posting.

Tapi korang kena Log In ke Blogger In Draft kat bahagian bawah dashboard yang terletak bersama-sama webmaster tools, picasa web album & lain2. Rasa2nya penampilan terbaru tu akan muncul dalam minggu ni kot. Paling lewat pun hujung bulan ni.

Ok sumber ni aku dapat dari sini:
  1. Blog Anastasyea
  2. Blog Spice Up Your Blog
  3. Blogger In Draft (Official Source)
Ini plak adalah artikel asal dari Blogger In Draft:

As we shared before, our team has been hard at work on a brand new, next generation design for Blogger. After doing a sneak preview at the South by Southwest conference back in March, we received some great feedback from the media:



Today,
we're thrilled to announce the public launch of our redesign! But
please wait a second before you go check out your Blogger dashboard,
because we’re planning a gradual rollout that will start with a limited
set of users who visit our new feature testing ground,
Blogger in Draft.
At the start, only some of you (lucky draws!) can see the new design on
Blogger in Draft. Over the course of the next few days and weeks we’ll
be ramping up to support all Draft users. There is no sign-up or
activation process required from your side; just wait, and you’ll
notice your dashboard has changed to the new design when you log in to
Blogger in Draft

Although
our team has been hard at work cranking out tons of new features over
the last year or so, it’s been a while since our user interface has had
a major update so we’re very excited about Blogger’s fresh new look.
However, there’s much more to the redesign than shiny new graphics and
pages—we’ve essentially rewritten the entire application from scratch,
using the latest web technologies that will enable us to make future
updates in more agile and flexible ways.


We
decided to make the new UI available to our loyal Blogger users as
quickly as possible. We realize there might be some ‘rough edges’ (
see this page for the known issues) but
fear not, we’ll be continually updating and improving the experience
until it’s ready to graduate from Blogger in Draft. Our team is also
very eager to hear your feedback, so please don’t hesitate to let us
know of any bugs or suggestions by clicking on the “Send feedback” link
in the navigation bar (or directly on
this form).

This is only the beginning of many exciting updates that we’re planning for Blogger this year, so stay tuned!

Thursday, 21 April 2011

peNat !!

 

web, web, web..
jamm, jamm, jamm ..
hohohho..
ssh nye.. :(
nk pickup smue .. hyperlink , button..bla,bla,bla..
dlu pun terkial2 lagi.. d + + dgn ni..mmng kne study bnde ni btul2..
msuk FINAL lak 2...adOyai ~ ~  (~_~)..


p/s = huhuhuhu
aNdai nYa LElaKi taHu .. 

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

mulakan hari dgn BISMILLAH :))

"dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani "


"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" 
 
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 
  2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BiSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
 

Keluang man (krisya original song)




ahahahah..
dah lame x tgk cite KLUANG MAN ni..
kt tV pun xde dah..kalu dlu..pnye la ske kt cte ni..kre SUPERHERO la..
klau dlu..pkul 7 pm msti dah dOk terpacak kat depn tV .. FANATIK..huhuhuh :P
siap hafal lagu tema lagi..bila start je lagu,ak pun follow skali..weee
nyani skali..baHagia Je nyanyi kt DepaN tV..lalalala ..
wk2 budak2 kan..ahaha :))
hepy je.. :))

p/s = klau jadi BUDAK2 balik kn BEST :P

senYum !

10 aLasaN uTk kOrang sEnyUm :)

1. Senyum itu ibadah

2. nampak lagi lebih manis..xla muncung panjang sedepa je..

3. t dapat senyum lagi..means,org akn snyum blek .. :)

4. Menunjukan keramahan korg :)

5. dapatkan kawan baru + bleh masuk LINE (ngOrat )..gheehehe :P

6. bagi kesan yang positif..bkn korg je..org y tgk pun berjangkit skali taw ..sMile ! :))

7. lebih ceria,x mooDy..

8.  lebih percaya diri

9. Meringankan beban..xla frust..bla snyum..mood pun tukaQ skali :))

10. membuat kita jadi lebih sehat.




senyumlah kepada siapa saja nescaya kita akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati kita :))

memang pun kita sentiasa di galakkan untuk senyum kepada sesiapa pun kerana itu akan manandakan peribadi kita…
senyuman 2 sedekah….senyuman i2 juga adalah pngubat hati yg terluka….
senyum bukan susah mana pun..so jgn segan nak senyum.jgn buat muke x cantik.senyum lagi cantik utk semua.senyum lah selagi mampu berbuat demikian <3










a sincere smile can melt the frozen relations, giving spirit in despair, brighten mood, calm the restless soul. because the smile is also the cheapest charity.


p/s = yang perempuan tu cover2 nk senyum bkn pe,t takot mengundang mudarat..heheheh :P

Wednesday, 20 April 2011

hOOray !








koLINg-KoLing malam tadi.. tQ sbb igt kt ak :)

ske nye ! weee ~~

taw ko pun windu ak .. miss u too,3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 ... !


p/s = a Lot of LOVE 4 u sYg :)

archive 4 hati :))

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"

(Hassan al-Banna)

Barney - I Love You

Siti Nurhaliza - Ketika Cinta

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

#2 How to Make 70 Excuses for Other People

think POSITIVE !

sbb myb kte x tw keadaan sebenar kan..

sO?..dont just jmp into cnclusion.. + dnt judge a book by its cover :))

xsmua org perfect kn?? me tOo ..

sbb kte semua manusia biasa..


p/s = jgn pndg rendah pd org len k?? .. :)

Tuesday, 19 April 2011

Incomplete (Poetry Video)

#1 Just Do It

ZzzzZZZzz ..

nYte .. assalammualaikum :)

tQ :))





kita akn hepy bila org hepy dgn effort y kita buat kn? :))
mmbuatkan ak jd lbih semangat nk publish blog nie..
..masheh-masheh..

 luv u 2 my syg-syg.. :))

p/s = aIna salih + iyda yuSoff :))

bukan semua cantik subjektif

yup ! ak suka la cara anwar ni smpai kn msg..

dlm lawk2 dy ni pun..ade msg y berguna..

xkesh la..mcm mne pun video dy even agak sengal..ngeheheh :P

tp CONGRATE..sbb ak mmng ske tgk video ko. :))


dari perspektif y berbeza :))

giler sama ANWAR HADI !!!

oleh kerana ke "excited" an + ke fanatik ' an ak terhadap video2 c anWar hadi ni..
menimbul rasa nak bt post ak ni penuh dgn nme viDeo2 dye je..
srius best !! :))

selamat hari ibu 2010


to be continue..
tQ ibu sebab lahirkan adeq..
tQ ibu sebab bg sepenuh kasih sayang kt adeq ..
tQ ibu marah adeq bila adeq bt salah ..
tQ ibu sbb slalu ade untk adeq ..
tQ ibu sbb slalu mask sedp2..heheh

tw ibu syg adeq..adeq pun syg ibu tOo !! :))
tHanKs fOr everYthing iBu..FAUZIAH HAMZAH..
LuV u sO mUcH mUm !! (>_<)" !

p/s = ibu..ibu..engkaulah..RATU HATIKU..

Monday, 18 April 2011

typical local film/drama scenes




ahahahahh~~
haah en..slalu nye..mende2 cmni y HOT kt Tv nuh ..
npe pun xtw,,huhuh
cbe ubah cara pemikiran korg 2..
huhuhuuhu..

ap guna pelakon koporat..
pd penonton hidup melarat..

mengapa tayang cinta terlarang..
bila rahmat allah tebar melayang..

hantu dah penat...
tunggu manusia cari malaikat..

p/s = insaf la :)


accept differences (music)





mna2 GENRE y korg mint pun xpe..
sbb taste org kn len2..
ade org ckp,music rok 2 bingit..semak..
ade y ckp rock 2 bleh hilangkan tension + simpulan keserabutan kt OTAK..
rasa syg,hei rasa syg,syg hei..blalala.. :D
ikot mna y ok..jnji korg HEPY :)) 

p/s = pilihan CIKGU paling TERBAIK ! :P

nama pun sampah

mari merungut malaysia

cuti , cUti + cuTi.. :)



ary ni cuti..*BORED*  !!...
..huhuhuhuhu..
nk bt ape la cuti nie..
cum xbest je hary ni..sedih je.. :(

JERAWAT...npe eyh??




 ngeee :D
***********


banyak sebab y menyebabkan jerawat bleh timbuh..sbb mende ini merangkumi luar dan dalam. cth nye sbb keturunan, terganggunya keseimbangan hormon korg, kulit berminyak, terganggunya pencernaan makanan, alergi n stress. luar, cth nye kebersihan kulit, mekap, faktor mekanik, makanan, iklim + ubat2 y korg amek.
Faktor keturunan pun bleh jadi jgk, bila mak ngn ayah nye berjerawat korg pun berpotensi jgk dapat jerawat cm gitu.. berjerawat,jgn bt dek je..
  gangguan keseimbangan hormon mmng slalu jadi pd masa puber dan masa haid pada remaja.
Makin menjadi-jadi naik nye jerawat korg bila perawatan kebersihan korg bt dek je, sbb bila kulit terssumbat ..haa.. timbulah jerawat.
Alergi terhadap makanan juga merangsang terjadinya jerawat atau memperparah kn lg y dh ade. Bila tidak alergi, tapi membuang kotoran (BAB) tidak teratur mempengaruhi pula terjadinya jerawat ini. masa gelisah atau stress time ni la jerawat naik..sbb jerawat terangsang.hormon.
  cuaca d malaysia jdi kn kulit kta seng kotor, berminyak + cept terjadinya infeksi. N jerawat tambah parah + bernanah bila kebersihan kulit tidak d amek peduli. Ditambah tangan kotor yang gatal  nak picit2 jerawat ngn makan makanan  yang berminyak.

yAy ! i found you ! hehehehe :))

mengucap syukur kehadrat ilahi..
menarik nafas LEGA .. FUH ! at LasT ..
jumpe jgk SPEC ak ni.. FRUST gile ! 
nak men cak - cak plak pagi2 isnin..
xpaki spec g kels td..huhuhuhu..
merosakkan MUD betuL ! cizZ ! :P
sabO je laaaaa...... 
tp xpe..tQ awak sbb x hilang lama2..
janji x abaikan awak dah !..kui,kui,kui..ok?? :))

p/s = i admit my mistake..caMpak ikOt dan je..ngee :D

Sunday, 17 April 2011

my life will SUCK without YOU !!!

mne awak pergi ni? taw x sy risau?
sampai hati awk hilangkan diri..sedih sy taw.. :(
awk..jangan la hilangkan diri macam ni..
gelap dunia sy tanpa awk taw,kabur pandangan sy..REALLY IMPORTANT tw??
huhuhuhuuhu..
sedih, sedih, sedih.. muncullah wahai.. 

 SPEC MATE KU......... huhuhuhu :((

p/s = jGn LetaK sPec meraTa- Rata..I'm a CareLess PersOn :((

teacher said !

assalammualaikum..mOrning !!! :)
td, leps abes kels..ade sorg membe ak ni smpt la chit chat wif teacher .. 
bahan nye..mcm mne nk "spoke out dpn org rmai in english"... huhuhuu
ak pon join la sekaki dalam forum 2.. ngee ~~  :D
yela slame ni dlm kpale otk kta ni asyk pk "betul ke ak ckp?t kne ktuk lak..senyap suda"..
y kita tw pun.. basic je..sory,thank you..y paling pames pon..i love u..hehehe :P
tp .. teacher said,hentam saja..broken pon broken la..jnji brani ckp..
bila pk balik,betul jgk kn..tp 2 la xde bran der..tkut slh..
teacher said..nk blaja,kne blajr dri kesalhn + kena berani ckp kn..kne hidup kn suasana.. :))
evrything count on us kn teacher ? klau nk , kne usaha..n try to make it ! .. weee~~~ 
heheheh..then ?? i get the POINT teacher ! hehehe

p/s = tQ teacher ! :))




rutine !.. arghhh!..huhuhuh..

esok dah mula kels..mcm bese..
...huhuhuhu...
xbest nye..*MALAS* ! :P
hari ni pun xbest..
bosan je..+ xsedp hati ouh..huhuhu..
xtw nape..npe eyh?wonder jgk ni.. :(
letih perasaan .. hohohoho..

pentingnya kekuatan ROHANI.. wiF dOa :)


Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.






Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.






Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan


ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan


orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat


kepada Allah doanya mudah diperkenankan.






Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.






Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''






Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang


yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan


perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.






Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa


adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.


Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita


bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.






Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami


bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi


penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.






Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya


kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.






Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang


terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.






Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati


juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.






Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.






Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri


seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

Saturday, 16 April 2011

R E N U N G A N:



1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong


.......
T E T A P I...

KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.


.......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

giVe aNd taKe

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

sahabat Vs kawan

ade ke kawan untuk menangis?
wujud ke sahabat?
hurm..*SAHABAT* what stand for?
wonder la jgk kn..org slalu ckp y kawan gelak banyak tp,kwn menangis ssh nk jmp..btul ke?
kwn?
bg ak..kawan 2 singgah kejp + xde beks kt hati pun..
kwn ni,nk bekawan pun msti ade agenda..huh !
....tapi? sahabat ni len taw..impak kehadiran diye..memang besar..
rse sfety klau nk share ppe..tp,nk jmp mmng ssh..
sbb kta xleh teka hati org kn..
kdg2,depn je baik..blakang..mak aii !! 

alhamdulillah..bersyukur sgt sbb ak ad *SAHABAT*..y alwys there 4 me.. THANKS ! :)
ahahahah...sedih lak klu nk igt time skola dlu..huhuhu
sbb time skola la ak blaja erti persahabatan..
klau kita faham maksud sahabat ni..mmng indah.. 
cuba faham n mendalami erti sebenar *SAHABAT*..
plih y betul :)
so far..sahabat-sahabat ak skrg smua ade utk menangis + ketawa dgn ak ( tQ a Lot) ..
mmng syg korg la !
nk bersahabat mesti >>
+  ikhlas bkn ad reason len.
kita ada hak untuk memilih y terbaik ok?? DEMOKRASI..ahahha :P
p/s = berhati2 pilih kawn .. 

miss kt anis, farahin, deknOr, tQah, intan.. miss dOwh kt korg !!! :(

assalammualaikum

ahhhh..
susah betul nak tentukan "date" wif blog ni..
ade je y halang..huhuhuhu..
ary cuti bleh la publish mne2 y patot..
mOrniNg !!!

Bekalan Menghadapi Kematian


ahlan wasahlan..
hurm..ak ade bace artikel ni..menarik..sbb?
ia mengingat kan ak..bahawa hidup d dunia ni xkekal..
n most importnt thing is..kne siap kn diri kta..
bekalan y ckup untuk menghadap y maha ESA..
sbb mati 2 anytime je .. bla smp wk2 nye.. xde nye bleh minx extnd mse kat ALLAH..
sbb 2 kne siap-siap kan dri..jom kte bce same2.. ^_^
.:
1. Selalu dalam keadaan beramal dan ibadah.
Tak dapat ditawar, dengan kematian yang tidak terduga-duga kita dituntut selalu mengerjakan amal kebajikan dalam waktu 24 jam hidup kita tanpa diketahui detik keberapa kita meninggal.
2. Perbanyak ingat Allah dan siksa kematian
Ingat kematian tak jera juga membuat kita berhenti berbuat dosa. Maka, ingatlah kita dengan siksa kematian. Betapa sakit orang yang berada dalam kematian (sakaratul maut). Perbanyak diri dalam mengingat Allah. Selanjutnya
3. Berdoa dan mohon ampunan dosa
Manusia tak luput dari salah. Allah telah membukan pintu tobat dan doa selebar-lebarnya dan seluas-luasnya kepada siapa yang ingin memperbaiki diri sebelum nyawa sampai di kerongkongan. Jangan lewatkan kesempatan hidup kita untuk senantiasa berdoa dan bertobat walaupun ujung rambut kita belum berubah putih (beruban).
Siapkan diri kita hadapi kematian! Jangan tunggu besok atau lusa untuk bertobat! Siapkah Anda menghadap Allah Swt?

p/s = igt mati 2 sunat :)

kenangKanLah sAat beRpiSah..

Bangkitku dari lena pagi ini seperti hari-hari yang berlalu. Masih diizinkan Ar Rahiim untukku menghirup secangkir kehidupan. Menghirup nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya menguji iman di hati adakah bersyukur atau alpa. Pintu hari dikuak dan sehari lagi kita mendekati saat kematian yang telah ditentukan itu. Peliknya, hati seakan-akan lupa hakikat itu dek kesibukan duniawi yang melalaikan kita dari mengingati suatu kematian yang pasti. Mati seolah-olah “mati” dalam hidup kita. Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut kemana sahaja manusia pergi. Cinta dunia melenyapkan hakikat adanya sebuah kehidupan yang abadi.

Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?
Wahai diriku dan saudara-saudariku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…
Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: “Wahai diri, aku akan mati”! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. InsyaAllah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu tersenyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?

Begitulah diriku dan saudara-saudariku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?
Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:

“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:

“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.
Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:

In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”


Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Amin.

semBang sini :))